THE DIFFERENCE BETWEEN A SUCCESSFUL PERSON AND OTHERS IS NOT A LACK OF STRENGTH, NOT A LACK OF KNOWLEDGE, BUT RATHER A LACK OF WILL

Isnin, 7 April 2014

1whp. Buat side income

Masih ramai yang nak join, nak daftar tetapi tidak faham apa itu 1whp. Saya bagi secara umum. Untuk info lanjut, tolong wechat saya.1whp tidak tipu, bohong. Kalau tak dah lama kena saman. Polis pun join 1whp.


1whp mencipta produk bulk sms dan 1whp mencari pengedar atau juru jual bulk sms. Juru jual itu ialah ahli yang membayar pendaftaran serendah RM55. Tapi mampu menjana pendapatan hingga beratus atau sampai beribu. Bergantung kepada usaha masing-masing.selepas membayar RM55, kita adalah promoter, salesman, agen kepada syarikat 1whp ni.

Apa yang perlu dilakukan? Hanyalah promote supaya orang join. Lagi remai yang korang dapat tarik untuk join 1whp. Makin banyak la income korang. So sapa kata yang 1whp tak melakukan kerja hanya goyang kaki. Sampai isu haram bagai. NO! kita dapat komisyen la sebab kita dapat cari orang.


Macam mana nak promote? Bohong kalau korang tak de salah satu ni.  Facebook, Twitter, Instagram, Blog, Wechat, Whatsup dan banyak lagi. So promote la kat kawan korang dulu, then lebarkan sayap untuk orang luar pulak. Faham? Percaya la. Kalau kawan kita tak percaya. Jangan menyesal kalau korang boleh pakai I Phone.

Seorang perompak bank boleh percayakan 10 orang kawan dia untuk ajak rompak bank sama-sama sedangkan 10 orang kawan dia tahu kalau kena tangkap, kena tembak mati, usaha diorang sia-sia. So macam mana dia boleh percayakan 10 orang kawan dia? Takkan kita nak percayakan 10 orang untuk jadi bisnes partner kita untuk ubah hidup dia jadi lebih baik pun kita tak mampu. Nanti mesti dia akan terima kasih kepada kita kerana memperkenalkan 1 whp ni kat dia. Macam kawan saya. Percayalah.


So boleh wechat saya : Sha-afiqah sekarang. Tu Wechat ID saya, tunggu apa lagi. Apa yang tak paham saya akan terangkan

Lepas SPM (Part 2)

Ada satu hari tu ada karnival mara, aku pun keluar la dengan kawan-kawan aku. Ya Allah, ramai gila orang, ye la yang SPM, STPM mak ayah diorang lagi. Tolak, langgar orang, pijak kasut, macam semut orang.. dah la air cond tu rosak satu hal. Aku bersenam kat situ dua jam. Berpeluh sakan dok dalam dewan tu.

Tapi kebanyakan universiti yang diorang promote, majoriti semua swasta. Mak ai! Banyak duit aku nak belajar kat universiti macam tu. Tapi promoter setiap universiti yang aku singgah kat booth diorang memang meyakinkan.
“Ni kalau adik masuk, keluar memang dapat kerja”
“Ni kalau adik dapat pointer 3.5-4.0 Mara bagi biasiswa”
“Kalau adik dapat 3.5 ke bawah adik kena bayar la 10-50% peratus dari pinjaman adik”
Ni yang lemah ni, dah la 10% tu pon dekat RM6,000. Aku tak kaya. Mampuih gak la. Tak berani aku. Aku ni biasa-biasa ja.

Ada satu booth ni pasai kapal terbang, pak ck ni pon terang la dengan berpeluh-peluh
“Ni adik akan jadi juru teknik kapal terbang, ala check kapal terbang, enjin semua tu la”
“Tak pa ka perempuan kerja ni”
“Ish! Ramai dah perempuan berjaya dik oi. Lelaki diorang bukannya pandai sangat. Tu yang perempuan ramai dalam bidang ni. Ni esok mai la hotel A(bukan nama sebenar, aku tak ingat actually, hehe) ada taklimat dengan ujian sikit”
“Hah! Esok. Ujian apa plak ni”
“Ala… Ujian buta warna dengan ada la ujian Fizik sikit”
“Kena baca, study Fizik ka”
“Tak payah, soalan senang ja, yang umum”
Dalam hati aku ni, tobat aku tak pergi. Dah la kerja juru teknik juru terbang. Mesti abah aku kata. “Kerja apa tu, tak payah la. Merapu semua tu”

Satu booth ni, pasai bidang sains, aku dengan dua orang lagi kawan aku duduk la sebab dia nak terang.
“Ok, adik semua berapa A”
Aduh! Kantoi gak result aku macam ni. Aku pon beritahu la result sebenar aku.
“Ok adik semua layak tok masuk universiti ni. Ok kalau adik masuk ni adik dapat pinjaman dari MARA. Bla….bla…”
“Ok kami ada lagi empat tempat kosong, sebab kami nak 30 orang ja, adik sekarang ada berapa ringgit sebab nak tempah seksiap nama adik tok pendaftaran dia RM2,100. Tapi bagi ja RM10 pon tak pa, sebab nanti boleh bayar ansuran. Minggu depan boleh pack semua barang macam hari first masuk asrama. Sebab kelas akan bermula”
“Hah! Minggu depan. Awainya. Erm… Tak tau lagi kena tanya mak dulu. Erm susah tak. Takut la saingan ramai nanti”
“Tak susah la.  You ada banyak juga A, orang yang dapat semua B result dia pon boleh berjaya”

Aku teringin gila sebab memang nampak masa depan cerah ja, promoter tu aku bagi 4.5 bintang la. Memang bagi yakinkan orang betul. Tapi sayang swasta. Abah aku memang cukup tak berkenan swasta ni. Then sorang kawan aku kata
“Jom la masuk, aku rasa betul la”
“Er, tak pa la, kau je la masuk”
Then, promoter tu kata
“You tak mau tak pa. Biar nanti kawan you berjaya dapat kerja kat luar negara, gaji dia RM15,000. IPTA sekarang ni banyak mengganggur, universiti ni memang confirm you dapat kerja. You pilih.”

Ye la kau. Dalam otak aku ni dok memikir abah aku je. Mau dia sound aku kalau aku masuk universiti swasta ni. Tak mau aku. Tapi actually aku nak. Tapi ntah, macam-macam aku pikir. At last kawan aku ja masuk.
Then kami pi makan, lepak jap. Then bila balik dalam kereta dengan abah aku. Aku citer la apa yang promoter tu kata
“Dia bohong je tu. Dia nak duit kita. Bla….bla”

Aku dah agak dah. Naseb baik aku tak daftar. Kalau tak 3 hari 3 malam tak abes. Haih…

Lepas SPM (Part 1)

Sebelum SPM semua orang risau la, tiap-tiap hari dok buat countdown, tweet, update status, tu tak kira kat group wasap lagi. Tapi aku bukan jenis tu, aku tak reti sangat nak cari publisiti. Maklum la aku ni kan pemalu. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri, ntah apa-apa. Tapi paling tweet menyampah mamat ni dia tweet, penat aku cari balek tweet dy semata-mata untuk dapatkan yang original.

Jgn salahkan pompuan yg kira countdown result spm. Kerana mereka terbiasa mengira countdown period. Haha
 “Ramai pmpuan akan benci aku malam ni haha.

Dah tau perempuan akan benci kau dok buat tweet yang annoying ni pehal.
Memangla majority yang update tu semua perempuan kan. Laki ada la jugak. Tapi bila piker-pikir balik aku teringat tweet sorang lagi mamat ni
“Perempuan ni suka target tinggi-tinggi, bila tak dapat mula la sedih”
Agakla, apa orang kata  biar la kita target tinggi-tinggi, kalau tak capai langit jatuh kat awan pon jadi la kan. Ni masalahnya bukan kat awan, ni macam nak terjun balik kat Bumi, yang tanah kita mai awal-awal dulu.

Kat group wasap tu, memang kecoh la dok countdown ni, tapi aku tak join pon, sebab ramai sangat join, sepuluh orang lebih. Aku tak join pun, tapi aku still buka tengok apa yang diorang debatkan. Sekali aku tinggal 2-3 jam, tengok mesti 600 lebih unread mesej. Fuhh… penat juga nak sembang. Lagi la aku malas nak join.
Seminggu sebelum SPM plak, aku pergi rumah tok aku, bapa saudara dan aku
“Herm, SPM seminggu lagi kan”
“Betul ka bukan bulan depan ka”

Ya Allah, lagi la menakutkan. Semua orang macam saja nak tunggu aku dapat berapa. Hah! Terasa beban kat bahu aku makin bertambah.
Dan banyak juga tweet dan status.
“Tak kisah la apapun result kita, itu semua rezeki masing-masing”
“Tak semestinya result yang tak cemerlang, tak dak rezeki. Rezeki Allah di mana-mana saja”
“Jangan la post result siapa yang cemerlang, ingat sama kawan yang tak dak rezeki”
“Siapa yang menganggap SPM adalah penentu masa depan. Ini ialah syirik khofi(tersembunyi)”
Pakat jadi cikgu kaunseling, ustaz, ustazah, semua diorang. Pandai menyusun dan bermadah kata.

Esok nak umum SPM, malam tu aku dok guling lama juga la kat katil, tak boleh lena, dok pikir aku ni dapat berapa la. Haih….

Aku sampai kat sekolah, dah ramai dah orang. Ikut hati aku  nak ambik result balik terus. Tapi setengah jam dah sampai, majlis still tak mula-mula  lagi. Haih, jumpa kawan-kawan lagi la. Ada setengah tu ceria macam tak dak apa, ada yang dok risau. Aku lagi la risau. Aku duduk tepi mak aku, tepi sebelah lagi ni, ada la sorang nenek ni dengan cucu dia. Cucu dia tu aku kenal sebab dia adik kawan aku. Aku cam muka dia. Tiba-tiba ada orang cuit aku dari belakang. Kawan aku jugak.
“Woit” (Tersenyum kawan belakang aku)
“Err… Tak pe la tak nak sembang, takut”
Then, kawan aku kat belakang tadi aku dengar la dia sembang dengan kawan aku jugak.
“Herm… Aku dah check dah”
“Ooh.. kiranya dah tau la dapat berapa?”
“Tak banyak pun, biasa ja result”

Aku pun “Ish, result biasa dia tu berapa”. Then aku pun pikir kawan belakang aku, dia macam biasa ja, selau aku dapat markah tinggi lagi dari dia. Kalau result dia biasa, mesti aku lebih kurang dia, and maybe tinggi sikit result dari dia.
Dah lama, then majlis pun mula.
Straight A, sorang-sorang naik pentas, aku memang
“Erm, aku tak mungkin la dalam group ni”
“Ish, ni la kawan yang belajar dengan aku, tapi diorang lagi pandai”

Then naik la kawan aku yang nenek dia sebelah aku ni. Nenek dia mesti la seronok tengok cucu dia kat atas pentas kan. Aku ni mula dah malu. Haih, harap dapat naik pentas jugak, sebab nenek ni ada jugak sembang dengan aku sebelum majlis. Tapi, aku ni tak pandai sangat nak sembang dengan orang tua. Nenek tu mesti rasa aku ni membosankan. Ye la asal nenek tu cakap mesti aku senyum dan kata ‘ya’ ja. Dengan campur aku takut tunggu result.

Dah habis yang straight A, kurang satu A plak dari semua subjek. Sorang-sorang naik. Then ada jugak kawan aku yang tak sangka-sangka dapat elok, walaupun tak straight. Tepuk tangan makin kuat kat kawan yang tak sangka.

Tiba-tiba lagi, nama kawan aku kat belakang dipanggil. Dia pun naik dengan mak dia. Then, kawan aku yang lain plak tapi dalam kelas markah lebih kurang aku. Aku pun mengharap aku mesti naik pentas jugak. Then setelah sekian lama, pengacara panggil kawan-kawan aku yang cemerlang. Pengacara tu kata “Ok, nama terakhir ialah….” Dan bukan jugak nama aku. Hwaaa… sedih tak dapat digambarkan.

Aku cuma mampu toleh muka aku tengok mak aku, sambil tepuk-tepuk paha mak aku. Orang sekeliling aku pakat naik pentas. Dan orang se’level’ aku pun dapat elok, then aku? Yang tak dipanggil atas pentas, pergi ambil result kat guru kelas. Then, aku pergi dengan kawan aku yang tak naik pentas jugak kat meja kelas kami. Aku cepat-cepat pergi, sebab tak mau ditemuramah oleh wartawan yang tak diiktiraf, tanya result aku. What I mean is kawan-kawan aku la kan. Mesti punya nak tengok result orang lain. Aku orang pertama yang sampai dekat meja tu. Then, makin ramai, kawan aku menggerumun, tolak aku dari belakang, sebab nak ambil result diorang. Aku ambil result aku, dengan  sijil. Aku tolak orang belakang aku untuk keluar. Fuhh.. penat nak bernafas. Then, aku just bilang yang aku tak dapat A. Ya Allah, banyak la jugak, dan majority semua B+. Kenapa la tak A- ja. Then aku ajak mak dangan abah aku balik cepat.

Majalah sekolah, beg yang diorang bagi kat budak SPM, semua aku tak ambil. Malu nak letak mana muka. Sebab nak kata aku ni tak pandai, pandai la jugak. Dak maksud aku sederhana ja, tak la cemerlang. Yang aku peliknya, kawan yang ranking lebih kurang dengan aku waktu ujian denagn trial pun naik pentas, sepatutnya aku join la jugak group yang naik pentas walaupun tak straight A.

Balik rumah, biasa la, ramai la bertanyakan result aku. Kalau handphone abah bunyi, aku tak bagi angkat, mak pun. Malu.. tambah-tambah yang telefon tu kawan abah aku yang anak dia dah masuk asasi. Ish… kalau aku dapat elok, aku suruh ja abah aku yang telefon dia, ni masalahnya anak dia result lagi gempak dari aku. Then, dah malam, dia telefon lagi, aku pun bagi la abah aku angkat. Kesian, dia call dari siang lagi kan. Abah aku pun dengan selambanya meng’cover’

“Helo, sori la tadi kau call ke, aku buat vibrate tadi” (Tak pernah pun abah aku buat silent sebelum ni)
Mak : Mesti kawan abah kata kat bini dia, Yeay! Kita dah menang, diorang kalah. Anak kita menang lagi.
Aku gelak dengan abah aku. Mesti la, diorang menang sebab anak diorang result lagi tinggi dari aku. And aku kalah. Argh!
“Mak, abah, sedih tak result kak ni”
“Tak la sedih, result tu ok la juga sebab banyak B+, tapi risau kau tu nak masuk course mana. Nak la masuk universiti yang elok. Dapat kerja gaji mahal”
“Herm, aku ni at last masuk course ape la nanti, harap aku boleh bawa course tu dan dapat kerja gaji mahal”

Aku memang tak citer kat sapa even kawan yang baik dengan aku pun aku tak bagitahu. Tapi yang naik pentas ada la jugak mesej aku macam biasa. Tapi soalan tak boleh blah dari diorang
“Kau dapat berapa”
“Sembang la SPM kau dengan aku”
Haih.. dah tahu aku tak naik pentas, tak paham-paham lagi ka. Tolong la jaga hati orang sama sebelum nak tanya tu.


.post-footer { backgroundimage:url(http://dl10.glittergraphics.net/pub/229/229250skrgjfpbac.gif);background-repeat:no-repeat; background-position:bottom center; height:160px; color:auto; text-transform:none; text-align:left; letter-spacing:0px; font-size:12px; line-height: 16px; padding-left:0px; padding-top:0px; border-bottom:0px solid #95d4e3; }