THE DIFFERENCE BETWEEN A SUCCESSFUL PERSON AND OTHERS IS NOT A LACK OF STRENGTH, NOT A LACK OF KNOWLEDGE, BUT RATHER A LACK OF WILL

Isnin, 7 April 2014

Lepas SPM (Part 2)

Ada satu hari tu ada karnival mara, aku pun keluar la dengan kawan-kawan aku. Ya Allah, ramai gila orang, ye la yang SPM, STPM mak ayah diorang lagi. Tolak, langgar orang, pijak kasut, macam semut orang.. dah la air cond tu rosak satu hal. Aku bersenam kat situ dua jam. Berpeluh sakan dok dalam dewan tu.

Tapi kebanyakan universiti yang diorang promote, majoriti semua swasta. Mak ai! Banyak duit aku nak belajar kat universiti macam tu. Tapi promoter setiap universiti yang aku singgah kat booth diorang memang meyakinkan.
“Ni kalau adik masuk, keluar memang dapat kerja”
“Ni kalau adik dapat pointer 3.5-4.0 Mara bagi biasiswa”
“Kalau adik dapat 3.5 ke bawah adik kena bayar la 10-50% peratus dari pinjaman adik”
Ni yang lemah ni, dah la 10% tu pon dekat RM6,000. Aku tak kaya. Mampuih gak la. Tak berani aku. Aku ni biasa-biasa ja.

Ada satu booth ni pasai kapal terbang, pak ck ni pon terang la dengan berpeluh-peluh
“Ni adik akan jadi juru teknik kapal terbang, ala check kapal terbang, enjin semua tu la”
“Tak pa ka perempuan kerja ni”
“Ish! Ramai dah perempuan berjaya dik oi. Lelaki diorang bukannya pandai sangat. Tu yang perempuan ramai dalam bidang ni. Ni esok mai la hotel A(bukan nama sebenar, aku tak ingat actually, hehe) ada taklimat dengan ujian sikit”
“Hah! Esok. Ujian apa plak ni”
“Ala… Ujian buta warna dengan ada la ujian Fizik sikit”
“Kena baca, study Fizik ka”
“Tak payah, soalan senang ja, yang umum”
Dalam hati aku ni, tobat aku tak pergi. Dah la kerja juru teknik juru terbang. Mesti abah aku kata. “Kerja apa tu, tak payah la. Merapu semua tu”

Satu booth ni, pasai bidang sains, aku dengan dua orang lagi kawan aku duduk la sebab dia nak terang.
“Ok, adik semua berapa A”
Aduh! Kantoi gak result aku macam ni. Aku pon beritahu la result sebenar aku.
“Ok adik semua layak tok masuk universiti ni. Ok kalau adik masuk ni adik dapat pinjaman dari MARA. Bla….bla…”
“Ok kami ada lagi empat tempat kosong, sebab kami nak 30 orang ja, adik sekarang ada berapa ringgit sebab nak tempah seksiap nama adik tok pendaftaran dia RM2,100. Tapi bagi ja RM10 pon tak pa, sebab nanti boleh bayar ansuran. Minggu depan boleh pack semua barang macam hari first masuk asrama. Sebab kelas akan bermula”
“Hah! Minggu depan. Awainya. Erm… Tak tau lagi kena tanya mak dulu. Erm susah tak. Takut la saingan ramai nanti”
“Tak susah la.  You ada banyak juga A, orang yang dapat semua B result dia pon boleh berjaya”

Aku teringin gila sebab memang nampak masa depan cerah ja, promoter tu aku bagi 4.5 bintang la. Memang bagi yakinkan orang betul. Tapi sayang swasta. Abah aku memang cukup tak berkenan swasta ni. Then sorang kawan aku kata
“Jom la masuk, aku rasa betul la”
“Er, tak pa la, kau je la masuk”
Then, promoter tu kata
“You tak mau tak pa. Biar nanti kawan you berjaya dapat kerja kat luar negara, gaji dia RM15,000. IPTA sekarang ni banyak mengganggur, universiti ni memang confirm you dapat kerja. You pilih.”

Ye la kau. Dalam otak aku ni dok memikir abah aku je. Mau dia sound aku kalau aku masuk universiti swasta ni. Tak mau aku. Tapi actually aku nak. Tapi ntah, macam-macam aku pikir. At last kawan aku ja masuk.
Then kami pi makan, lepak jap. Then bila balik dalam kereta dengan abah aku. Aku citer la apa yang promoter tu kata
“Dia bohong je tu. Dia nak duit kita. Bla….bla”

Aku dah agak dah. Naseb baik aku tak daftar. Kalau tak 3 hari 3 malam tak abes. Haih…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.post-footer { backgroundimage:url(http://dl10.glittergraphics.net/pub/229/229250skrgjfpbac.gif);background-repeat:no-repeat; background-position:bottom center; height:160px; color:auto; text-transform:none; text-align:left; letter-spacing:0px; font-size:12px; line-height: 16px; padding-left:0px; padding-top:0px; border-bottom:0px solid #95d4e3; }