THE DIFFERENCE BETWEEN A SUCCESSFUL PERSON AND OTHERS IS NOT A LACK OF STRENGTH, NOT A LACK OF KNOWLEDGE, BUT RATHER A LACK OF WILL

Isnin, 7 April 2014

1whp. Buat side income

Masih ramai yang nak join, nak daftar tetapi tidak faham apa itu 1whp. Saya bagi secara umum. Untuk info lanjut, tolong wechat saya.1whp tidak tipu, bohong. Kalau tak dah lama kena saman. Polis pun join 1whp.


1whp mencipta produk bulk sms dan 1whp mencari pengedar atau juru jual bulk sms. Juru jual itu ialah ahli yang membayar pendaftaran serendah RM55. Tapi mampu menjana pendapatan hingga beratus atau sampai beribu. Bergantung kepada usaha masing-masing.selepas membayar RM55, kita adalah promoter, salesman, agen kepada syarikat 1whp ni.

Apa yang perlu dilakukan? Hanyalah promote supaya orang join. Lagi remai yang korang dapat tarik untuk join 1whp. Makin banyak la income korang. So sapa kata yang 1whp tak melakukan kerja hanya goyang kaki. Sampai isu haram bagai. NO! kita dapat komisyen la sebab kita dapat cari orang.


Macam mana nak promote? Bohong kalau korang tak de salah satu ni.  Facebook, Twitter, Instagram, Blog, Wechat, Whatsup dan banyak lagi. So promote la kat kawan korang dulu, then lebarkan sayap untuk orang luar pulak. Faham? Percaya la. Kalau kawan kita tak percaya. Jangan menyesal kalau korang boleh pakai I Phone.

Seorang perompak bank boleh percayakan 10 orang kawan dia untuk ajak rompak bank sama-sama sedangkan 10 orang kawan dia tahu kalau kena tangkap, kena tembak mati, usaha diorang sia-sia. So macam mana dia boleh percayakan 10 orang kawan dia? Takkan kita nak percayakan 10 orang untuk jadi bisnes partner kita untuk ubah hidup dia jadi lebih baik pun kita tak mampu. Nanti mesti dia akan terima kasih kepada kita kerana memperkenalkan 1 whp ni kat dia. Macam kawan saya. Percayalah.


So boleh wechat saya : Sha-afiqah sekarang. Tu Wechat ID saya, tunggu apa lagi. Apa yang tak paham saya akan terangkan

Lepas SPM (Part 2)

Ada satu hari tu ada karnival mara, aku pun keluar la dengan kawan-kawan aku. Ya Allah, ramai gila orang, ye la yang SPM, STPM mak ayah diorang lagi. Tolak, langgar orang, pijak kasut, macam semut orang.. dah la air cond tu rosak satu hal. Aku bersenam kat situ dua jam. Berpeluh sakan dok dalam dewan tu.

Tapi kebanyakan universiti yang diorang promote, majoriti semua swasta. Mak ai! Banyak duit aku nak belajar kat universiti macam tu. Tapi promoter setiap universiti yang aku singgah kat booth diorang memang meyakinkan.
“Ni kalau adik masuk, keluar memang dapat kerja”
“Ni kalau adik dapat pointer 3.5-4.0 Mara bagi biasiswa”
“Kalau adik dapat 3.5 ke bawah adik kena bayar la 10-50% peratus dari pinjaman adik”
Ni yang lemah ni, dah la 10% tu pon dekat RM6,000. Aku tak kaya. Mampuih gak la. Tak berani aku. Aku ni biasa-biasa ja.

Ada satu booth ni pasai kapal terbang, pak ck ni pon terang la dengan berpeluh-peluh
“Ni adik akan jadi juru teknik kapal terbang, ala check kapal terbang, enjin semua tu la”
“Tak pa ka perempuan kerja ni”
“Ish! Ramai dah perempuan berjaya dik oi. Lelaki diorang bukannya pandai sangat. Tu yang perempuan ramai dalam bidang ni. Ni esok mai la hotel A(bukan nama sebenar, aku tak ingat actually, hehe) ada taklimat dengan ujian sikit”
“Hah! Esok. Ujian apa plak ni”
“Ala… Ujian buta warna dengan ada la ujian Fizik sikit”
“Kena baca, study Fizik ka”
“Tak payah, soalan senang ja, yang umum”
Dalam hati aku ni, tobat aku tak pergi. Dah la kerja juru teknik juru terbang. Mesti abah aku kata. “Kerja apa tu, tak payah la. Merapu semua tu”

Satu booth ni, pasai bidang sains, aku dengan dua orang lagi kawan aku duduk la sebab dia nak terang.
“Ok, adik semua berapa A”
Aduh! Kantoi gak result aku macam ni. Aku pon beritahu la result sebenar aku.
“Ok adik semua layak tok masuk universiti ni. Ok kalau adik masuk ni adik dapat pinjaman dari MARA. Bla….bla…”
“Ok kami ada lagi empat tempat kosong, sebab kami nak 30 orang ja, adik sekarang ada berapa ringgit sebab nak tempah seksiap nama adik tok pendaftaran dia RM2,100. Tapi bagi ja RM10 pon tak pa, sebab nanti boleh bayar ansuran. Minggu depan boleh pack semua barang macam hari first masuk asrama. Sebab kelas akan bermula”
“Hah! Minggu depan. Awainya. Erm… Tak tau lagi kena tanya mak dulu. Erm susah tak. Takut la saingan ramai nanti”
“Tak susah la.  You ada banyak juga A, orang yang dapat semua B result dia pon boleh berjaya”

Aku teringin gila sebab memang nampak masa depan cerah ja, promoter tu aku bagi 4.5 bintang la. Memang bagi yakinkan orang betul. Tapi sayang swasta. Abah aku memang cukup tak berkenan swasta ni. Then sorang kawan aku kata
“Jom la masuk, aku rasa betul la”
“Er, tak pa la, kau je la masuk”
Then, promoter tu kata
“You tak mau tak pa. Biar nanti kawan you berjaya dapat kerja kat luar negara, gaji dia RM15,000. IPTA sekarang ni banyak mengganggur, universiti ni memang confirm you dapat kerja. You pilih.”

Ye la kau. Dalam otak aku ni dok memikir abah aku je. Mau dia sound aku kalau aku masuk universiti swasta ni. Tak mau aku. Tapi actually aku nak. Tapi ntah, macam-macam aku pikir. At last kawan aku ja masuk.
Then kami pi makan, lepak jap. Then bila balik dalam kereta dengan abah aku. Aku citer la apa yang promoter tu kata
“Dia bohong je tu. Dia nak duit kita. Bla….bla”

Aku dah agak dah. Naseb baik aku tak daftar. Kalau tak 3 hari 3 malam tak abes. Haih…

Lepas SPM (Part 1)

Sebelum SPM semua orang risau la, tiap-tiap hari dok buat countdown, tweet, update status, tu tak kira kat group wasap lagi. Tapi aku bukan jenis tu, aku tak reti sangat nak cari publisiti. Maklum la aku ni kan pemalu. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri, ntah apa-apa. Tapi paling tweet menyampah mamat ni dia tweet, penat aku cari balek tweet dy semata-mata untuk dapatkan yang original.

Jgn salahkan pompuan yg kira countdown result spm. Kerana mereka terbiasa mengira countdown period. Haha
 “Ramai pmpuan akan benci aku malam ni haha.

Dah tau perempuan akan benci kau dok buat tweet yang annoying ni pehal.
Memangla majority yang update tu semua perempuan kan. Laki ada la jugak. Tapi bila piker-pikir balik aku teringat tweet sorang lagi mamat ni
“Perempuan ni suka target tinggi-tinggi, bila tak dapat mula la sedih”
Agakla, apa orang kata  biar la kita target tinggi-tinggi, kalau tak capai langit jatuh kat awan pon jadi la kan. Ni masalahnya bukan kat awan, ni macam nak terjun balik kat Bumi, yang tanah kita mai awal-awal dulu.

Kat group wasap tu, memang kecoh la dok countdown ni, tapi aku tak join pon, sebab ramai sangat join, sepuluh orang lebih. Aku tak join pun, tapi aku still buka tengok apa yang diorang debatkan. Sekali aku tinggal 2-3 jam, tengok mesti 600 lebih unread mesej. Fuhh… penat juga nak sembang. Lagi la aku malas nak join.
Seminggu sebelum SPM plak, aku pergi rumah tok aku, bapa saudara dan aku
“Herm, SPM seminggu lagi kan”
“Betul ka bukan bulan depan ka”

Ya Allah, lagi la menakutkan. Semua orang macam saja nak tunggu aku dapat berapa. Hah! Terasa beban kat bahu aku makin bertambah.
Dan banyak juga tweet dan status.
“Tak kisah la apapun result kita, itu semua rezeki masing-masing”
“Tak semestinya result yang tak cemerlang, tak dak rezeki. Rezeki Allah di mana-mana saja”
“Jangan la post result siapa yang cemerlang, ingat sama kawan yang tak dak rezeki”
“Siapa yang menganggap SPM adalah penentu masa depan. Ini ialah syirik khofi(tersembunyi)”
Pakat jadi cikgu kaunseling, ustaz, ustazah, semua diorang. Pandai menyusun dan bermadah kata.

Esok nak umum SPM, malam tu aku dok guling lama juga la kat katil, tak boleh lena, dok pikir aku ni dapat berapa la. Haih….

Aku sampai kat sekolah, dah ramai dah orang. Ikut hati aku  nak ambik result balik terus. Tapi setengah jam dah sampai, majlis still tak mula-mula  lagi. Haih, jumpa kawan-kawan lagi la. Ada setengah tu ceria macam tak dak apa, ada yang dok risau. Aku lagi la risau. Aku duduk tepi mak aku, tepi sebelah lagi ni, ada la sorang nenek ni dengan cucu dia. Cucu dia tu aku kenal sebab dia adik kawan aku. Aku cam muka dia. Tiba-tiba ada orang cuit aku dari belakang. Kawan aku jugak.
“Woit” (Tersenyum kawan belakang aku)
“Err… Tak pe la tak nak sembang, takut”
Then, kawan aku kat belakang tadi aku dengar la dia sembang dengan kawan aku jugak.
“Herm… Aku dah check dah”
“Ooh.. kiranya dah tau la dapat berapa?”
“Tak banyak pun, biasa ja result”

Aku pun “Ish, result biasa dia tu berapa”. Then aku pun pikir kawan belakang aku, dia macam biasa ja, selau aku dapat markah tinggi lagi dari dia. Kalau result dia biasa, mesti aku lebih kurang dia, and maybe tinggi sikit result dari dia.
Dah lama, then majlis pun mula.
Straight A, sorang-sorang naik pentas, aku memang
“Erm, aku tak mungkin la dalam group ni”
“Ish, ni la kawan yang belajar dengan aku, tapi diorang lagi pandai”

Then naik la kawan aku yang nenek dia sebelah aku ni. Nenek dia mesti la seronok tengok cucu dia kat atas pentas kan. Aku ni mula dah malu. Haih, harap dapat naik pentas jugak, sebab nenek ni ada jugak sembang dengan aku sebelum majlis. Tapi, aku ni tak pandai sangat nak sembang dengan orang tua. Nenek tu mesti rasa aku ni membosankan. Ye la asal nenek tu cakap mesti aku senyum dan kata ‘ya’ ja. Dengan campur aku takut tunggu result.

Dah habis yang straight A, kurang satu A plak dari semua subjek. Sorang-sorang naik. Then ada jugak kawan aku yang tak sangka-sangka dapat elok, walaupun tak straight. Tepuk tangan makin kuat kat kawan yang tak sangka.

Tiba-tiba lagi, nama kawan aku kat belakang dipanggil. Dia pun naik dengan mak dia. Then, kawan aku yang lain plak tapi dalam kelas markah lebih kurang aku. Aku pun mengharap aku mesti naik pentas jugak. Then setelah sekian lama, pengacara panggil kawan-kawan aku yang cemerlang. Pengacara tu kata “Ok, nama terakhir ialah….” Dan bukan jugak nama aku. Hwaaa… sedih tak dapat digambarkan.

Aku cuma mampu toleh muka aku tengok mak aku, sambil tepuk-tepuk paha mak aku. Orang sekeliling aku pakat naik pentas. Dan orang se’level’ aku pun dapat elok, then aku? Yang tak dipanggil atas pentas, pergi ambil result kat guru kelas. Then, aku pergi dengan kawan aku yang tak naik pentas jugak kat meja kelas kami. Aku cepat-cepat pergi, sebab tak mau ditemuramah oleh wartawan yang tak diiktiraf, tanya result aku. What I mean is kawan-kawan aku la kan. Mesti punya nak tengok result orang lain. Aku orang pertama yang sampai dekat meja tu. Then, makin ramai, kawan aku menggerumun, tolak aku dari belakang, sebab nak ambil result diorang. Aku ambil result aku, dengan  sijil. Aku tolak orang belakang aku untuk keluar. Fuhh.. penat nak bernafas. Then, aku just bilang yang aku tak dapat A. Ya Allah, banyak la jugak, dan majority semua B+. Kenapa la tak A- ja. Then aku ajak mak dangan abah aku balik cepat.

Majalah sekolah, beg yang diorang bagi kat budak SPM, semua aku tak ambil. Malu nak letak mana muka. Sebab nak kata aku ni tak pandai, pandai la jugak. Dak maksud aku sederhana ja, tak la cemerlang. Yang aku peliknya, kawan yang ranking lebih kurang dengan aku waktu ujian denagn trial pun naik pentas, sepatutnya aku join la jugak group yang naik pentas walaupun tak straight A.

Balik rumah, biasa la, ramai la bertanyakan result aku. Kalau handphone abah bunyi, aku tak bagi angkat, mak pun. Malu.. tambah-tambah yang telefon tu kawan abah aku yang anak dia dah masuk asasi. Ish… kalau aku dapat elok, aku suruh ja abah aku yang telefon dia, ni masalahnya anak dia result lagi gempak dari aku. Then, dah malam, dia telefon lagi, aku pun bagi la abah aku angkat. Kesian, dia call dari siang lagi kan. Abah aku pun dengan selambanya meng’cover’

“Helo, sori la tadi kau call ke, aku buat vibrate tadi” (Tak pernah pun abah aku buat silent sebelum ni)
Mak : Mesti kawan abah kata kat bini dia, Yeay! Kita dah menang, diorang kalah. Anak kita menang lagi.
Aku gelak dengan abah aku. Mesti la, diorang menang sebab anak diorang result lagi tinggi dari aku. And aku kalah. Argh!
“Mak, abah, sedih tak result kak ni”
“Tak la sedih, result tu ok la juga sebab banyak B+, tapi risau kau tu nak masuk course mana. Nak la masuk universiti yang elok. Dapat kerja gaji mahal”
“Herm, aku ni at last masuk course ape la nanti, harap aku boleh bawa course tu dan dapat kerja gaji mahal”

Aku memang tak citer kat sapa even kawan yang baik dengan aku pun aku tak bagitahu. Tapi yang naik pentas ada la jugak mesej aku macam biasa. Tapi soalan tak boleh blah dari diorang
“Kau dapat berapa”
“Sembang la SPM kau dengan aku”
Haih.. dah tahu aku tak naik pentas, tak paham-paham lagi ka. Tolong la jaga hati orang sama sebelum nak tanya tu.


Isnin, 10 Februari 2014

Cara Skor di Matrikulasi


Okay don’t worry , aku tak akan menjadi salah satu dari orang-orang yang mempertahankan standard matrikulasi dan bandingkan direct dengan STPM.

Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan baik di sini. Percayalah.

Perkara pertama yang korang nak adalah drop Bio jika korang tidak berminat dan ia tiada kaitan dengan cita-cita kursus anda. Jangan menghantui diri korang dengannya. Tahun lepas, apabila dibentangkan dengan pilihan itu ( beralih kepada Modul 2) , ramai yang risau kerana Modul 2 bermakna mengambil Sains Komputer (Computer Science, CS) sebaliknya. Pada masa itu, CS adalah baru ,jadi ramai tidak berani ambil .

 Seperti yang ternyata , Sains Komputer mungkin subjek  paling mudah di program matrikulasi keseluruhan. Banyak pengetahuan berteknologi berguna juga (dan pengaturcaraan !) . Aku recommend korang ni. Korang semua terjebak dengan Bio, belajar lewat malam, dan menyesal. Jika korang nak experience lebih relax di matriks , jangan ragu dan ambil nasihat aku. Juga, TIADA LAPORAN MAKMAL UNTUK CS ! Apa lagi yang korang nak?


 Tetapi perlu diingat , matriks adalah laju . Korang akan melalui bab-bab dan ia boleh akhirnya korang tertiarap. Kadang-kadang aku tertanya-tanya adaa sesiapa yang mempunyai masa untuk mencerna apa-apa. Pensyarah tergesa-gesa menghabiskan bab-bab semasa kuliah, tetapi ramai membuat dalam tutorial (seperti kelas tuisyen aku rasa haha) . Cuba untuk bersaing .


 Jika Bahasa Inggeris korang sederhana, korang perlu menggunakan buku-buku rujukan untuk penjelasan yang lebih baik. Aku tak tahan dengan orang yang tidak membeli buku-buku rujukan , lebih suka bergantung semata-mata kepada nota kuliah, kemudian mula mengadu tentang tidak dapat mengikuti apa yang berlaku di dalam kelas. Sebahagian pensyarah memberikan apa yang penting , ada yang tidak diterangkan . Adalah penting bahawa korang mengenali perbezaan. Perpustakaan ini juga mempunyai rujukan tambahan  kalau korang mahu pemahaman yang lebih mendalam (terutamanya Fizik dan Kimia ). Anda juga boleh memuat turun jika korang tahu di mana; D

30% daripada gred anda akan datang dari " PB ", iaitu Penilaian Berterusan (aka Penilaian Bonus). Kemaskini dari komen anidha ini : PB hanya menyumbang 20 % daripada markah , 10 % lagi dari UPS ( peperiksaan pertengahan sem ). Hanya hantar  tugasan korang apabila lecturer minta, tidak ponteng kelas, selesaikan laporan makmal yang annoying, dan korang akan dapat A.


 Jika korang nampak rakan sekelas anda ketinggalan , bantu diorang. Mereka akan bersyukur , dan anda  telah membuat diri rakan anda yang hebat. Saya sangat rapat dengan rakan sekelas saya.

Berdasarkan pengalaman seorang lelaki yang pernah belajar di Matrikulasi

Cara Memohon dan Semakan Matrikulasi

1.Beri nama penuh, nombor kad pengenalan dan gaji RM6.00 kepada guru atau kaunselor bertanggungjawab bagi Program Matrikulasi Malaysia online permohonan (Permintaan untuk Kemasukan matrikulasi). Guru sekolah atau kaunselor akan membeli kod PIN dari Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam satu kelompok.

Secara alternatif, bagi mereka Wadiah BSN GIRO atau pemegang kad akaun, anda boleh membeli nombor PIN secara langsung dari BSN mesin juruwang automatik (ATM) secara terus.

2.Ambil resit anda dengan nombor PIN (nombor PMI 5-digit) dari guru sekolah atau kaunselor / ATM jika anda menggunakan kad BSN untuk membeli. 5-digit PMI dicetak pada resit.

3.Guna Aplikasi Permintaan untuk Melalui Program Internet matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my

4.Log masuk ke laman pendaftaran dengan nombor kad pengenalan dan nombor PMI 5 angka.

5.Isi borang pendaftaran dalam talian. Selesai!
 
 
Semakan Keputusan Permohonan Ke Program Matrikulasi
Anda boleh menyemak status pengambilan matrikulasi (semakan keputusan Matrikulasi KPM) biasanya kira-kira satu bulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM. Anda boleh membuat rayuan (permohonan rayuan) jika anda tidak terpilih. Keputusan rayuan (semakan keputusan rayuan Matrikulasi KPM KPM) boleh didapati kira-kira satu bulan dari tarikh pengumuman matrikulasi status pengambilan.

Syarat Kelayakan Minimum Matrikulasi

Pemohon mestilah bumiputera Malaysia. Program Matrikulasi Malaysia ( Program matrikulasi Malaysia ) terbuka terutamanya untuk bumiputera Malaysia tetapi bukan bumiputera juga boleh memohon walaupun kuota untuk bukan bumiputera adalah sekitar 10%.

Pemohon juga perlu menduduki peperiksaan SPM  dan mengambil subjek yang khusus :
·       Untuk Jurusan Sains (Science Stream) M001:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
  • Untuk  Jurusan Perakaunan ( Accounting Stream ) M003:
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
  • Untuk Aliran Teknikal  (Technical Stream) M007:
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Ahad, 9 Februari 2014

Powerful Sleep - Tidur Yang Berkuasa (Part 2)

Dalam Powerful Sleep, Kacper M. Postawski cuba menghapuskan  mitos yang korang perlukan 8+ jam tidur - ternyata ini adalah nombor cantik rawak jam yang seseorang memutuskan  perlu mendapatkan setiap malam yang telah menjadi diterima secara meluas sebagai benar .

Postawski mendakwa program Powerful Sleep beliau akan membolehkan korang untuk :

1) Mengurangkan jumlah masa yang korang perlu tidur setiap malam
2) Meningkatkan kualiti tidur korang.
3) Meningkatkan tahap tenaga waktu siang korang .
4) Meningkatkan keupayaan korang untuk concentrate(tumpu perhatian pada siang hari .
5 ) Hapuskan perasaan mengantuk pada siang hari .
6) Mengurangkan tahap tekanan harian korang.

Ini adalah tuntutan cukup berani. Tapi korang tak la dapat kesemuanya tapi majority – kata orang yang dah mengamalkan -.

Beberapa highlight Poerful Sleep:

• Perbincangan tentang kenapa tidur lebih jam daripada yang korang perlukan sebenarnya menjadi lebih teruk kualiti tidurnya dan menyebabkan korang berasa letih dan  tak segar nak buka mata pada keesokan harinya.


• Terdapat beberapa perbincangan yang sangat baik bagaimana suhu badan turun naik dalam tempoh 24 jam dan mengapa ini penting untuk mekanisme kejut tidur.
Kepentingan naik turun suhu badan yang tinggi meningkatkan hubungan pembakaran lemak dan meningkatkan tahap tenaga - Postawski adakah pekerjaan yang besar menjelaskan mengapa yang mempunyai suhu badan yang tinggi pada siang sebenarnya meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan jumlah masa yang anda perlukan untuk tidur.

• Postawski adalah tempat untuk mendapatkan banyak cahaya semula jadi pada waktu siang supaya melatonin akan naik mendadak lebih tinggi pada waktu malam.

Postawaski mengesyorkan bahawa orang-orang yang tidak boleh menghabiskan masa yang cukup di luar melabur dalam ' kotak cahaya terang ' (mesin yang memberikan cahaya pada keamatan tinggi ) -

• Powerful Sleep mengandungi maklumat yang bagus dalam menangani insomnia jangka pendek dan panjang.

• Kaedah dikemukakan untuk mengurangkan jumlah masa yang anda perlu tidur adalah amat berkesan

Cara di mana Powerful Sleep boleh diperbaiki :

• Postawski tidak khusus mengenai jumlah cahaya semula jadi yang anda perlukan setiap hari.
Masa satu jam di luar dalam cahaya semula jadi setiap hari juga telah terbukti untuk meningkatkan tahap testosteron

• Postawski bukan peminat besar kopi dan percaya ia adalah musuh mekanisme kejut tidur.

Beberapa cadangan Postawski berhubung dengan minum kopi: Beliau mencadangkan bahawa majoriti orang ramai sepatutnya berhenti minum kopi selepas 6 petang.

• Beliau sedikit kuno dalam pandangan pemakanannya - terdapat beberapa ayat menyalahkan lemak tepu pada orang yang memerlukan tidur yang lebih banyak ( ini benar-benar terbukti).

Postawski juga bagi nasihat yang baik untuk ramai orang tidak makan hidangan yang berat seperti stik dan kentang kurang daripada 3 jam sebelum tidur jika korang sedang mencari untuk mengurangkan masa tidur yang diperlukan korang. Beliau menjelaskan bahawa beliau bukan pakar pemakanan. So jangan salahkan dia kalau salah.

Salah satu perkara yang menarik mengenai Powerful Sleep ialah perubahan gaya hidup yang digariskan untuk membantu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan kuantiti tidur juga akan membantu mewujudkan banyak tenaga dalam hari - masa!

 
Bahasa skema tahap, sori la kalau bosan, aku nak share je. Ingat kita yang berkuasa control tidur, bukan tidur yang berkuasa control kita. Korang nak tahu lanjut korang wat la research mendalam lagi.
 
Nota : Jangan tidur lama sangat terutamanya kita yang dah dewasa ni kan. Sedar la sikit. Ko bukan baby lagi dah, kerja membuta je. Sama-samalah kita berubah k. Sori kalau bahasa aku kasar (buat muka comel, kelip-kelip mata)( Korang mesti rasa nak penampor aku kan)

.post-footer { backgroundimage:url(http://dl10.glittergraphics.net/pub/229/229250skrgjfpbac.gif);background-repeat:no-repeat; background-position:bottom center; height:160px; color:auto; text-transform:none; text-align:left; letter-spacing:0px; font-size:12px; line-height: 16px; padding-left:0px; padding-top:0px; border-bottom:0px solid #95d4e3; }