Sebelum
SPM semua orang risau la, tiap-tiap hari dok buat countdown, tweet, update
status, tu tak kira kat group wasap lagi. Tapi aku bukan jenis tu, aku tak reti
sangat nak cari publisiti. Maklum la aku ni kan pemalu. Rasa macam nak tumbuk
diri sendiri, ntah apa-apa. Tapi paling tweet menyampah mamat ni dia tweet, penat
aku cari balek tweet dy semata-mata untuk dapatkan yang original.
“Ramai pmpuan akan
benci aku malam ni haha.”
Dah
tau perempuan akan benci kau dok buat tweet yang annoying ni pehal.
Memangla
majority yang update tu semua perempuan kan. Laki ada la jugak. Tapi bila
piker-pikir balik aku teringat tweet sorang lagi mamat ni
“Perempuan
ni suka target tinggi-tinggi, bila tak dapat mula la sedih”
Agakla,
apa orang kata biar la kita target
tinggi-tinggi, kalau tak capai langit jatuh kat awan pon jadi la kan. Ni
masalahnya bukan kat awan, ni macam nak terjun balik kat Bumi, yang tanah kita mai
awal-awal dulu.
Kat
group wasap tu, memang kecoh la dok countdown ni, tapi aku tak join pon, sebab
ramai sangat join, sepuluh orang lebih. Aku tak join pun, tapi aku still buka
tengok apa yang diorang debatkan. Sekali aku tinggal 2-3 jam, tengok mesti 600
lebih unread mesej. Fuhh… penat juga nak sembang. Lagi la aku malas nak join.
Seminggu
sebelum SPM plak, aku pergi rumah tok aku, bapa saudara dan aku
“Herm,
SPM seminggu lagi kan”
“Betul
ka bukan bulan depan ka”
Ya
Allah, lagi la menakutkan. Semua orang macam saja nak tunggu aku dapat berapa.
Hah! Terasa beban kat bahu aku makin bertambah.
Dan
banyak juga tweet dan status.
“Tak
kisah la apapun result kita, itu semua rezeki masing-masing”
“Tak
semestinya result yang tak cemerlang, tak dak rezeki. Rezeki Allah di mana-mana
saja”
“Jangan
la post result siapa yang cemerlang, ingat sama kawan yang tak dak rezeki”
“Siapa
yang menganggap SPM adalah penentu masa depan. Ini ialah syirik
khofi(tersembunyi)”
Pakat
jadi cikgu kaunseling, ustaz, ustazah, semua diorang. Pandai menyusun dan
bermadah kata.
Esok
nak umum SPM, malam tu aku dok guling lama juga la kat katil, tak boleh lena,
dok pikir aku ni dapat berapa la. Haih….
Aku
sampai kat sekolah, dah ramai dah orang. Ikut hati aku nak ambik result balik terus. Tapi setengah
jam dah sampai, majlis still tak mula-mula
lagi. Haih, jumpa kawan-kawan lagi la. Ada setengah tu ceria macam tak
dak apa, ada yang dok risau. Aku lagi la risau. Aku duduk tepi mak aku, tepi
sebelah lagi ni, ada la sorang nenek ni dengan cucu dia. Cucu dia tu aku kenal
sebab dia adik kawan aku. Aku cam muka dia. Tiba-tiba ada orang cuit aku dari
belakang. Kawan aku jugak.
“Woit”
(Tersenyum kawan belakang aku)
“Err…
Tak pe la tak nak sembang, takut”
Then,
kawan aku kat belakang tadi aku dengar la dia sembang dengan kawan aku jugak.
“Herm…
Aku dah check dah”
“Ooh..
kiranya dah tau la dapat berapa?”
“Tak
banyak pun, biasa ja result”
Aku
pun “Ish, result biasa dia tu berapa”. Then aku pun pikir kawan belakang aku,
dia macam biasa ja, selau aku dapat markah tinggi lagi dari dia. Kalau result
dia biasa, mesti aku lebih kurang dia, and maybe tinggi sikit result dari dia.
Dah
lama, then majlis pun mula.
Straight
A, sorang-sorang naik pentas, aku memang
“Erm,
aku tak mungkin la dalam group ni”
“Ish,
ni la kawan yang belajar dengan aku, tapi diorang lagi pandai”
Then
naik la kawan aku yang nenek dia sebelah aku ni. Nenek dia mesti la seronok
tengok cucu dia kat atas pentas kan. Aku ni mula dah malu. Haih, harap dapat
naik pentas jugak, sebab nenek ni ada jugak sembang dengan aku sebelum majlis.
Tapi, aku ni tak pandai sangat nak sembang dengan orang tua. Nenek tu mesti
rasa aku ni membosankan. Ye la asal nenek tu cakap mesti aku senyum dan kata
‘ya’ ja. Dengan campur aku takut tunggu result.
Dah
habis yang straight A, kurang satu A plak dari semua subjek. Sorang-sorang
naik. Then ada jugak kawan aku yang tak sangka-sangka dapat elok, walaupun tak
straight. Tepuk tangan makin kuat kat kawan yang tak sangka.
Tiba-tiba
lagi, nama kawan aku kat belakang dipanggil. Dia pun naik dengan mak dia. Then,
kawan aku yang lain plak tapi dalam kelas markah lebih kurang aku. Aku pun
mengharap aku mesti naik pentas jugak. Then setelah sekian lama, pengacara
panggil kawan-kawan aku yang cemerlang. Pengacara tu kata “Ok, nama terakhir
ialah….” Dan bukan jugak nama aku. Hwaaa… sedih tak dapat digambarkan.
Aku
cuma mampu toleh muka aku tengok mak aku, sambil tepuk-tepuk paha mak aku.
Orang sekeliling aku pakat naik pentas. Dan orang se’level’ aku pun dapat elok,
then aku? Yang tak dipanggil atas pentas, pergi ambil result kat guru kelas.
Then, aku pergi dengan kawan aku yang tak naik pentas jugak kat meja kelas
kami. Aku cepat-cepat pergi, sebab tak mau ditemuramah oleh wartawan yang tak
diiktiraf, tanya result aku. What I mean is kawan-kawan aku la kan. Mesti punya
nak tengok result orang lain. Aku orang pertama yang sampai dekat meja tu.
Then, makin ramai, kawan aku menggerumun, tolak aku dari belakang, sebab nak
ambil result diorang. Aku ambil result aku, dengan sijil. Aku tolak orang belakang aku untuk
keluar. Fuhh.. penat nak bernafas. Then, aku just bilang yang aku tak dapat A.
Ya Allah, banyak la jugak, dan majority semua B+. Kenapa la tak A- ja. Then aku
ajak mak dangan abah aku balik cepat.
Majalah
sekolah, beg yang diorang bagi kat budak SPM, semua aku tak ambil. Malu nak
letak mana muka. Sebab nak kata aku ni tak pandai, pandai la jugak. Dak maksud
aku sederhana ja, tak la cemerlang. Yang aku peliknya, kawan yang ranking lebih
kurang dengan aku waktu ujian denagn trial pun naik pentas, sepatutnya aku join
la jugak group yang naik pentas walaupun tak straight A.
Balik
rumah, biasa la, ramai la bertanyakan result aku. Kalau handphone abah bunyi,
aku tak bagi angkat, mak pun. Malu.. tambah-tambah yang telefon tu kawan abah
aku yang anak dia dah masuk asasi. Ish… kalau aku dapat elok, aku suruh ja abah
aku yang telefon dia, ni masalahnya anak dia result lagi gempak dari aku. Then,
dah malam, dia telefon lagi, aku pun bagi la abah aku angkat. Kesian, dia call
dari siang lagi kan. Abah aku pun dengan selambanya meng’cover’
“Helo,
sori la tadi kau call ke, aku buat vibrate tadi” (Tak pernah pun abah aku buat
silent sebelum ni)
Mak
: Mesti kawan abah kata kat bini dia, Yeay! Kita dah menang, diorang kalah.
Anak kita menang lagi.
Aku
gelak dengan abah aku. Mesti la, diorang menang sebab anak diorang result lagi
tinggi dari aku. And aku kalah. Argh!
“Mak,
abah, sedih tak result kak ni”
“Tak
la sedih, result tu ok la juga sebab banyak B+, tapi risau kau tu nak masuk
course mana. Nak la masuk universiti yang elok. Dapat kerja gaji mahal”
“Herm,
aku ni at last masuk course ape la nanti, harap aku boleh bawa course tu dan
dapat kerja gaji mahal”
Aku
memang tak citer kat sapa even kawan yang baik dengan aku pun aku tak bagitahu.
Tapi yang naik pentas ada la jugak mesej aku macam biasa. Tapi soalan tak boleh
blah dari diorang
“Kau
dapat berapa”
“Sembang
la SPM kau dengan aku”
Haih..
dah tahu aku tak naik pentas, tak paham-paham lagi ka. Tolong la jaga hati
orang sama sebelum nak tanya tu.