THE DIFFERENCE BETWEEN A SUCCESSFUL PERSON AND OTHERS IS NOT A LACK OF STRENGTH, NOT A LACK OF KNOWLEDGE, BUT RATHER A LACK OF WILL

Rabu, 15 Januari 2014

Saya Tak Cemburu

> Saya tak cemburu kalau orang lain pakai pakaian mahal2 branded2,tapi saya cukup cemburu orang lain pakai pakaian menutup aurat & mengikut syariat.

> Saya tak cemburu kalau orang lain dah melancong keliling dunia,tapi saya cukup cemburu kalau orang lain dah pergi ke tanah suci Mekah.

> Saya tak cemburu kalau orang lain dapat pasangan yg hemsem/cantik,tapi saya cukup cemburu orang lain dapat pasangan beriman lagi bertaqwa.

> Saya tak cemburu kalau orang lain kaya raya,tapi saya cukup cemburu kalau orang lain kaya dgn bersedekah & rezekinya dikongsi bersama orang ramai.

> Saya tak cemburu kalau orang lain pandai dan bijak,tapi saya cukup cemburu kalau orang lain pandai dan bijak lalu berkongsi ilmunya dengan orang ramai.

> Saya tak cemburu kalau orang lain popular dan disayangi manusia,tetapi saya cukup cemburu jika orang lain popular dan disayangi di mata Allah.


Nota : Bercemburu biar bertempat, kalau cemburu biar berfaedah sikit cenggini kan bagus
 
 

Khamis, 9 Januari 2014

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Nota : So, ape lagi jangan asyik membuta je sampai tengah hari, cer try bangun awal
 
 

Cara Menjaga Hati Perempuan

1.Menjadi pendengar setia si dia

2.Ingat perkara-perkara penting tentang hidupnya. Contohnya: tarikh lahir dia, makanan dan minuman kegemaran si dia, apa yang dia suka, apa yang dia benci, dan lain-lain lagi.

3.Beritahu si dia bahawa anda teringatkan dia. Contohnya, anda boleh katakan pada dia bahawa anda teringatkan si dia apabila terdengar lagu kegemarannya di radio. Atau mungkin juga anda ceritakan mimpi anda bertemu dia.

4.Ringankan mulut untuk memuji dan menghargai si dia.

5.Buat dia tersenyum dan gembira bersama anda.

6.Jangan mengongkong dia. Berikan si dia kebebasan. Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, nescaya berkekalan cinta itu.

7.Sentiasa berada untuk dia dikala dia memerlukan seseorang. Sama ada dia sedang bersedih atau memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati dan memahami dia, pastikan anda sentiasa ada untuk dia.

8.Hormati dia dan pastikan dia juga tahu anda mengharapkan sebaliknya.

9.Percaya si dia. Sikap cemburu anda yang tak bertempak hanya akan membuatkan si dia makin menjauhi anda.

10.Berikan ‘surprise’ pada si dia. Mungkin anda boleh memberikan bunga ros atau apa saja untuk membuat hati kecilnya terpegun dengan anda yang pandai mengambil hatinya.

11.Buatkan dia rasa diterima oleh keluarga anda.  Pasti si dia akan berasa kekok pada awalnya, tapi si dia pasti akan semakin rapat dengan anda.

12.Buat sesuatu yang anda tidak pernah buat untuk dia. Katakan selama ini anda tak pernah memasak, nak masak telur goring pun tak tahu. Jadi buatkan si dia satu masakan kemudian biar si dia rasa. Katakan anda buat khas untuk dia.

13.Sentiasa jadi seseorang yang ceria di mata dia. Jadilah di mata di seseorang yang bijak menyelesaikan masalah hidup dan sentiasa ceria dalam hidup anda. Masalah bukan lagi sesuatu yang perlu dirisaukan!

14.Sentiasa buat hari yang mendatang ‘special’ dimata dia. Sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu hari yang anda rancang. Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda mengajak dia keluar pada hari-hari tertentu. Tidak semestinya perlu keluar hanya pada hari sabtu dan ahad. Selagi anda rasa perlu keluar, maka keluarlah.

15.Lakukan sesuatu yang tidak perlukan anda mengeluarkan duit. Percayalah, cara ini amat berkesan. Contohnya, mengajak dia keluar berjoging pada waktu petang ataupun berkelah pada hujung minggu. Bukan saja dapat jimatkan duit malahan anda mempunyai lebih banyak masa untuk berbual.

16.Banyakkan bersabar dengan kerenah dia. Jangan jadikan sesuatu yang kecil sebagai masalah besar. Layan dia seperti seorang kanak-kanak yang perlukan lebih kasih sayang dan tunjuk ajar. Ingat, tegur bukan marah!

17.Sentiasa nampak kemas dan macho bersamanya. Mungkin ditempat kerja mahupun dikuliah anda tidak mementingkan penampilan. Tetapi apabila anda keluar bedua dengan dia, berikan penampilan terbaik anda. Buatkan dia bangga apabila keluar dengan anda.

18.Buatkan aktiviti bersama. Ajak dia lakukan sesuatu aktiviti bersama. Walaupun hanya bersiar-siar, ajaklah dia untuk keluar dengan anda. Sekiranya dia menolak tidak mengapa. Yang penting anda telah mencuba.

19.Hantarkan mesej, email mahupun sms ayat-ayat romantik dan manis setiap hari yang mampu membuat dia tersenyum.

20.Masukkan surat cinta secara senyap kedalam handbagnya. Pasti dia akan tersenyum apabila mengetahui dia mempunyai secret admire.

21.Bukakan pintu kereta untuk dia malahan tarik kerusi untuknya sewaktu makan bersama.

22.Tanya pada kawan-kawan anda apakah perangai buruk anda. Perbaiki perangai itu dan pastikan anda tidak lakukan dihadapan dia.

23.Selidik binatang peliharaan yang amat diimpikannya. Kemudian beli haiwan tersebut dan biarkan dia beri nama pada haiwan tersebut. Pasti dia akan sentiasa rapat dengan anda.

24.Elakkan seks menjadi punca anda inginkannya. Sentiasa elakkan bercerita mengenai perkara ini dan jangan buat dia rasa tidak selesa dengan sikap anda yang gila seks.

25.Sentiasa tanya pendapat dia untuk menunjukkan betapa pentingnya dia terhadapa anda.

26.Sentiasa beri semangat pada dia. Sekiranya dia mempunyai hobi baru, maka sokong dan galakkan dia untuk meneruskan hobi dia.

27.Sengaja buat dia rindu anda. Sms dia untuk selama sebulan kemudian anda senyap tiba-tiba. Insyaallah, dia akan mula rindu terhadap anda.

28.Cari tempat yang tenang seperti ditepi pantai atau tempat-tempat yang tidak terlalu bising, kemudian ungkit kembali kisah-kisah lama anda berdua. Bagaimana anda berkenalan dan sebagainya. Jika anda rasa sudah tiba masanya anda melafazkan cinta, ini masa yang terbaik!

29.Ambil foto anda berdua bersama-sama. Sama ada di photobooth atau menggunakan kamera sendiri. Lagipun, tempat-tempat seperti snow world di genting highlands juga ada menawarkan sesi fotografi. Biarkan kenangan manis itu sentiasa hidup.

30.Senyum, tak perlu kata apa-apa. Tapi jangan pula senyum bermakna. Biarkan senyuman anda itu tidak terlalu janggal tetapi nampak manis.

31.Belikan tiket untuk konsert penyanyi yang dia minat ataupun tiket untuk sesuatu yang sukar untuk dibeli.

32. Kurangkan menawan hati dia dengan guna kata-kata, lebihkan perbuatan. Biar si dia tahu anda ikhlas.

33.Jadi lelaki yang sempurna di keluarganya. Berusaha untuk bergaul dengan mereka, bersikap sopan, dan  gunakan peluang yang ada untuk mencungkil peribadi si dia.

34.Buatkan kuih yang terisi nota-nota lucu mahupun cinta.

35.Bersikaplah jujur terhadapa diri sendir nescaya dia akan jujur terhadap anda.

36.Percaya pada diri sendiri bahawa dia pasti menjadi milik anda. Pasti bukan mesti!

37. Buat satu puzzle yang mempunyai gambar kenangan manis anda berdua.

38.Jadi diri sendiri, tapi bukan bermakna anda perlu meneruskan perangai-perangai yang anda sendiri tahu buruknya perlakuan tersebut.

39.Sebarkan cerita kepada rakan-rakan anda bahawa anda gila baying terhadap si dia. Sebar..sebar..sebar sampailah ke pengetahuan rakan si dia. Pasti lambat laun dia akan tahu bahawa orang ramai sudah tahu anda cintakan dia.

40.Jangan terlalu serius dengan dia. Tunjukkan juga perangai anda yang mempunyai sifat lembut, mudah mesra dan juga keanak-anakan. Tapi jangan terlalu bersiat childish, perempuan benci lelaki yang tidak matang.

41.Buatkan si dia rasa pintar. Hal ini akan membuatkan dia rasa lebih seksi dan menawan. Tapi jangan pula anda menunjukkan bahawa anda ni bodoh. Jadi pandai-pandailah ye..

42.Sentiasa menjadi ‘guardian angel’ dia. Jangan jadi lembik. Kalau tak mampu nak jadi kuat, macam mana nak jaga orang yang disayang.

43.Buat satu permintaan lagu di radio dan tujukan pada si dia. Tapi pastikan dia dengar.

44.Buat satu blog khas untuk bacaan si dia. Biar si dia tahu perasaan anda.

45.Walaupun member-member kata anda samseng, tapi jadilah seorang permata di mata dia.

46.Buat satu lagu cinta khas ciptaan anda sendiri untuk dia. Kemudian anda nyanyikan lagu cinta tersebut untuk dia.

Kemungkinan Fakta Tentang Perempuan

    • Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia,  pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar. 
    • Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.
    • Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.
    • Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P
    • Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.
    • Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.
    • Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.
    • Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.
    • Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.
    • Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada  harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.
    • Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.
    • Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.
    • Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.
    • Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.
    • Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke???

Kemungkinan Fakta Tentang Lelaki



•  Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.

•  Lelaki benci kekasih di'ngurat'

•  Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.

•  Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.

•  "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.

•  Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.

•  Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.

•  Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.

•  Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.

•  Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.

•  Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..

•  Lelaki juga boleh menangis!

•  Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

•  Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.

•  Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

•  Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.

•  Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.

•  Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.

•  Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.

•  Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".

•  Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.

•  Lelaki benci gay!

•  Lelaki sayangkan ibu mereka.

•  Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.

•  Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.

•  Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.

•  Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.

•  Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.

•  Perempuan adalah kelemahan lelaki.

•  Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

•  Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.

•  Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

•  Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.

•  Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.

•  Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.

•  Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...

•  Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.

•  Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.

•  Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.

•  Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.

•  Lelaki boleh berbual tentang apa pun.

•  Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.

•  Lelaki berfikir terlalu banyak.

•  Fantasi lelaki tidak terbatas.

•  Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.

•  Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.

•  Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

•  Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

•  Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.

•  Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

•  Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

•  Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.

•  Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.

•  Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.

•  Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.

•  Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"

•  Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.

•  Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.

•  Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!

•  Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

•  Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.

•  Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.

•  Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki

•  Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

•  Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up

•  Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.

•  Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia

•  Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.

•  Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!

•  Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.

•  Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)

•  Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.

•  Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

•  Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

•  Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.

•  Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

•  Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

•  Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

•  Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.

•  Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

•  Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

•  Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

•  Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

•  Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.

•  Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

•  Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

•  Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

•  Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.

•  Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.

•  Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

•  Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'

•  Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.

•  Lelaki benci perempuan yang gedik.

•  Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.

•  Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita2 diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.

10 Penyakit Popular Wanita yang Kurang Diketahui Umum



1. Meroyan @ kemurungan (depression)

Dalam budaya kita, wanita dalam pantang perlu diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga. Ini adalah budaya yang baik kerana dapat mengurangkanrisiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.

Kemurungan juga boleh berlakuapabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat. Ia adalah masalah serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.

2. Kekenduran rahim (Prolapse)

Kekenduran rahim ialah satu keadaan iaitu rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar daripada saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat daripada kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

3. Urat kaki bersimpul @ vena varikos

Masalah urat kaki bersimpul boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama pada betis dan buku lali. Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkali ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.

4. Masalah keputihan & jangkitan kuman

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan dalam kalangan wanita.Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman seperto sifilis dan gonorrhea iaitu penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita kemungkinan mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan .

5. Sakit puan

Pelbagai jenis penyakit ginekologi atau sakit puan kini menjadi masalah besar kepada wanita kerana peningkatan jangka hayat wanita di negara kita yang sekarang ini semakin meningkat. Dua jenis kanser yang sering menimpa wanita ialah kanser pangkal rahim dan kanser payudara. Bahagian lain yang juga boleh diserang oleh penyakit kanser ialah rahim dan ovari.


6. Tiroid

Tiroid ialah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan juga berbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroidlebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki . Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

7. Sakit jantung

Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung ialah mereka yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, merokok, kandungan kolesterol yang tinggi dan kurang aktiviti fizikal .Bagi menjaga kesihatan jantung , wanita perlu mengurangkan atau menjauhi asap rokok , menjaga berat badan, bersenam, berdiet dan merawat atau kawal aras gula dalam darah , kolesterol dan tekanan darah

.

8. Strok

Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah dua penyebab strok yang paliung umum. Faktor penyumbang lain termasuk juga makanan ringan, kurang bersenam, tekanan kerja yang berlebihan dan tidak mengawal diet. Untuk langkah penyembuhan adalah dengan mengawal diet dan bersenam. Cara ini dapat t membantu seseorang mengawal penyakit itu .Pemeriksaan rutin juga mesti dilakukan.

9. Gangguan ghairah seksual wanita

Jika selama ini orang sering memperkatakan dan membincangkan tentang masalah seksual dalam kalangan lelaki. Ramai wanita menderita dalam diam, ditambah pula rasa malu yangmenebal untuk berkongsi dengan orang lain. Maslah seksual di kalangan wanita berbeza dengan apa yang dialami oleh lelaki dan ia dipastikan dengan lebih jelas apabila ia terjadi.

10. Berat badan

Lemak tidak dapat dibakar dengan lebih cepat seperti dahulu. Setelah menopaus , wanita lebih cenderung mengalami masalah berat badan kerana perubahan hormon seperti kekurangan hormon estrogen.Tidak kira wanita itu sudah berkahwin atau tidak berkahwin, ia bukan soalnya kerana kunci untuk memiliki tubuh ideal ialah dengan diet dan senaman.

Cam nie lah Suasana Hari Kiamat Kelak


KALAU TAK NAK BACA TU BERMAKNA IBLIS BERJAYA HALANG KAMU UNTUK BACA,KALAU RASA DIRI KAMU KERDIL SILA BACA . - Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. -

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. -

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. -

Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. - Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. -

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. -

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. - Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. -

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. -

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. -

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. -

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. - Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. -

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. -

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. -

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. -

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. - Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. -

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. - Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. -

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. - Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. - Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. - Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. -

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.

Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.

Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Nota : BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAKUKAN? F.I.K.I.R SEJENAK
 
 
 
.post-footer { backgroundimage:url(http://dl10.glittergraphics.net/pub/229/229250skrgjfpbac.gif);background-repeat:no-repeat; background-position:bottom center; height:160px; color:auto; text-transform:none; text-align:left; letter-spacing:0px; font-size:12px; line-height: 16px; padding-left:0px; padding-top:0px; border-bottom:0px solid #95d4e3; }