1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan
wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur,
mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual.
Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita
ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum
berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita
yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang
menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk
menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita
seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini
biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita
seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya
menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana,
wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang
dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka
yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya
mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak
hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita
yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah
dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia
menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit
dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka
ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan
akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita
ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur
oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia
memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki
yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya,
ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit
sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini
mudah mengalirkan air mata.
Panduan
ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan
peringatan kepada wanita2 diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip
ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan