Menurut
kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain.
Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda
mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan
kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada
waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda
memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat
mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan
menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih
lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
Jika
peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan
bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan
tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada
waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon
estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk
anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara
untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia
diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air
yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring.
Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda
menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi
dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan.
Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh
melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang
penyakit.
Nota
: So, ape lagi jangan asyik membuta je sampai tengah hari, cer try bangun awal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan