2.Ingat
perkara-perkara penting tentang hidupnya. Contohnya: tarikh lahir dia, makanan
dan minuman kegemaran si dia, apa yang dia suka, apa yang dia benci, dan
lain-lain lagi.
3.Beritahu
si dia bahawa anda teringatkan dia. Contohnya, anda boleh katakan pada dia
bahawa anda teringatkan si dia apabila terdengar lagu kegemarannya di radio.
Atau mungkin juga anda ceritakan mimpi anda bertemu dia.
4.Ringankan
mulut untuk memuji dan menghargai si dia.
5.Buat
dia tersenyum dan gembira bersama anda.
6.Jangan
mengongkong dia. Berikan si dia kebebasan. Biarkan cinta itu datang tanpa
dipaksa, nescaya berkekalan cinta itu.
7.Sentiasa
berada untuk dia dikala dia memerlukan seseorang. Sama ada dia sedang bersedih
atau memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati dan memahami dia, pastikan
anda sentiasa ada untuk dia.
8.Hormati
dia dan pastikan dia juga tahu anda mengharapkan sebaliknya.
9.Percaya
si dia. Sikap cemburu anda yang tak bertempak hanya akan membuatkan si dia
makin menjauhi anda.
10.Berikan
‘surprise’ pada si dia. Mungkin anda boleh memberikan bunga ros atau apa saja
untuk membuat hati kecilnya terpegun dengan anda yang pandai mengambil hatinya.
11.Buatkan
dia rasa diterima oleh keluarga anda. Pasti si dia akan berasa kekok pada
awalnya, tapi si dia pasti akan semakin rapat dengan anda.
12.Buat
sesuatu yang anda tidak pernah buat untuk dia. Katakan selama ini anda tak
pernah memasak, nak masak telur goring pun tak tahu. Jadi buatkan si dia satu
masakan kemudian biar si dia rasa. Katakan anda buat khas untuk dia.
13.Sentiasa
jadi seseorang yang ceria di mata dia. Jadilah di mata di seseorang yang bijak
menyelesaikan masalah hidup dan sentiasa ceria dalam hidup anda. Masalah bukan
lagi sesuatu yang perlu dirisaukan!
14.Sentiasa
buat hari yang mendatang ‘special’ dimata dia. Sentiasa membuatkan dia
tertunggu-tunggu hari yang anda rancang. Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda
mengajak dia keluar pada hari-hari tertentu. Tidak semestinya perlu keluar
hanya pada hari sabtu dan ahad. Selagi anda rasa perlu keluar, maka keluarlah.
15.Lakukan
sesuatu yang tidak perlukan anda mengeluarkan duit. Percayalah, cara ini amat
berkesan. Contohnya, mengajak dia keluar berjoging pada waktu petang ataupun
berkelah pada hujung minggu. Bukan saja dapat jimatkan duit malahan anda
mempunyai lebih banyak masa untuk berbual.
16.Banyakkan
bersabar dengan kerenah dia. Jangan jadikan sesuatu yang kecil sebagai masalah
besar. Layan dia seperti seorang kanak-kanak yang perlukan lebih kasih sayang
dan tunjuk ajar. Ingat, tegur bukan marah!
17.Sentiasa
nampak kemas dan macho bersamanya. Mungkin ditempat kerja mahupun dikuliah anda
tidak mementingkan penampilan. Tetapi apabila anda keluar bedua dengan dia,
berikan penampilan terbaik anda. Buatkan dia bangga apabila keluar dengan anda.
18.Buatkan
aktiviti bersama. Ajak dia lakukan sesuatu aktiviti bersama. Walaupun hanya
bersiar-siar, ajaklah dia untuk keluar dengan anda. Sekiranya dia menolak tidak
mengapa. Yang penting anda telah mencuba.
19.Hantarkan
mesej, email mahupun sms ayat-ayat romantik dan manis setiap hari yang mampu
membuat dia tersenyum.
20.Masukkan
surat cinta secara senyap kedalam handbagnya. Pasti dia akan tersenyum apabila
mengetahui dia mempunyai secret admire.
21.Bukakan
pintu kereta untuk dia malahan tarik kerusi untuknya sewaktu makan bersama.
22.Tanya
pada kawan-kawan anda apakah perangai buruk anda. Perbaiki perangai itu dan
pastikan anda tidak lakukan dihadapan dia.
23.Selidik
binatang peliharaan yang amat diimpikannya. Kemudian beli haiwan tersebut dan
biarkan dia beri nama pada haiwan tersebut. Pasti dia akan sentiasa rapat
dengan anda.
24.Elakkan
seks menjadi punca anda inginkannya. Sentiasa elakkan bercerita mengenai
perkara ini dan jangan buat dia rasa tidak selesa dengan sikap anda yang gila
seks.
25.Sentiasa
tanya pendapat dia untuk menunjukkan betapa pentingnya dia terhadapa anda.
26.Sentiasa
beri semangat pada dia. Sekiranya dia mempunyai hobi baru, maka sokong dan
galakkan dia untuk meneruskan hobi dia.
27.Sengaja
buat dia rindu anda. Sms dia untuk selama sebulan kemudian anda senyap
tiba-tiba. Insyaallah, dia akan mula rindu terhadap anda.
28.Cari
tempat yang tenang seperti ditepi pantai atau tempat-tempat yang tidak terlalu
bising, kemudian ungkit kembali kisah-kisah lama anda berdua. Bagaimana anda
berkenalan dan sebagainya. Jika anda rasa sudah tiba masanya anda melafazkan
cinta, ini masa yang terbaik!
29.Ambil
foto anda berdua bersama-sama. Sama ada di photobooth atau menggunakan kamera
sendiri. Lagipun, tempat-tempat seperti snow world di genting highlands juga
ada menawarkan sesi fotografi. Biarkan kenangan manis itu sentiasa hidup.
30.Senyum,
tak perlu kata apa-apa. Tapi jangan pula senyum bermakna. Biarkan senyuman anda
itu tidak terlalu janggal tetapi nampak manis.
31.Belikan
tiket untuk konsert penyanyi yang dia minat ataupun tiket untuk sesuatu yang
sukar untuk dibeli.
32.
Kurangkan menawan hati dia dengan guna kata-kata, lebihkan perbuatan. Biar si
dia tahu anda ikhlas.
33.Jadi
lelaki yang sempurna di keluarganya. Berusaha untuk bergaul dengan mereka,
bersikap sopan, dan gunakan peluang yang ada untuk mencungkil peribadi si
dia.
34.Buatkan
kuih yang terisi nota-nota lucu mahupun cinta.
35.Bersikaplah
jujur terhadapa diri sendir nescaya dia akan jujur terhadap anda.
36.Percaya
pada diri sendiri bahawa dia pasti menjadi milik anda. Pasti bukan mesti!
37.
Buat satu puzzle yang mempunyai gambar kenangan manis anda berdua.
38.Jadi
diri sendiri, tapi bukan bermakna anda perlu meneruskan perangai-perangai yang
anda sendiri tahu buruknya perlakuan tersebut.
39.Sebarkan
cerita kepada rakan-rakan anda bahawa anda gila baying terhadap si dia.
Sebar..sebar..sebar sampailah ke pengetahuan rakan si dia. Pasti lambat laun
dia akan tahu bahawa orang ramai sudah tahu anda cintakan dia.
40.Jangan
terlalu serius dengan dia. Tunjukkan juga perangai anda yang mempunyai sifat
lembut, mudah mesra dan juga keanak-anakan. Tapi jangan terlalu bersiat
childish, perempuan benci lelaki yang tidak matang.
41.Buatkan
si dia rasa pintar. Hal ini akan membuatkan dia rasa lebih seksi dan menawan.
Tapi jangan pula anda menunjukkan bahawa anda ni bodoh. Jadi pandai-pandailah
ye..
42.Sentiasa
menjadi ‘guardian angel’ dia. Jangan jadi lembik. Kalau tak mampu nak jadi
kuat, macam mana nak jaga orang yang disayang.
43.Buat
satu permintaan lagu di radio dan tujukan pada si dia. Tapi pastikan dia
dengar.
44.Buat
satu blog khas untuk bacaan si dia. Biar si dia tahu perasaan anda.
45.Walaupun
member-member kata anda samseng, tapi jadilah seorang permata di mata dia.
46.Buat
satu lagu cinta khas ciptaan anda sendiri untuk dia. Kemudian anda nyanyikan
lagu cinta tersebut untuk dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan