THE DIFFERENCE BETWEEN A SUCCESSFUL PERSON AND OTHERS IS NOT A LACK OF STRENGTH, NOT A LACK OF KNOWLEDGE, BUT RATHER A LACK OF WILL

Rabu, 5 Februari 2014

Nak Elak Dikacau / Dingorat oleh Lelaki


1 JANGAN SOMBONG DAN BUAT TAK TAHU JE

Kita ni pompuan memang la bagus jual mahal kan. Tapi masalahnya kalau kita sombong belagak, garang sangat. Lelaki lagi suka. Masalah betul, jual mahal salah, jual murah lagi salah. Tapi tak pa aku boleh simpulkan kat sini. Kalau ada mana-mana mamat kacau wat don’t know je. Bila banyak kali depa dah try, lama-lama depa bosan then depa akan blah. Sebab dulu aku dok mindset kalau garang and arrogant tobat depa tak kacau. Rupa-rupanya aku salah teknik.

Aku pernah la dapat mesej banyak macam nak berkenalan2 ni. Aku tak reply langsong. Dua tiga hari depa tobat takkan kacau lagi. Percayalah. Kalau kacau pon sebulan kemudian, depa akan kembali, tapi still teruskan dengan plan kita. Buat don’t know. Lelaki biasalah dengan sifat nakal depa tu, tak boleh tengok orang tenang.

Kalau lalu kot jalan, ada bunyi yang ala… yang selalu korang dengar tu

“Phoot, phoot” (ntah aku nak tulis pon tak tau bunyi macam mana, ala bunyi mulut muncung2 gitu)

“Hai, adek. Comei aih.”

Senjata penting adalah JANGAN SESEKALI TOLEH KE ARAH BUNYI TU. Sekali korang toleh, abes. Korang mungkin di’follow’ oleh manusia yang agak sampah masyarakat tu. Lagi menakutkan, dia angkot geng, kalau setakat korang dengan kawan korang. (herm… aku menggeleng kepala)

2 JALAN DALAM GROUP

Korang kalau nak ke mana-mana, angkot geng korang dalam 5-6 orang, tobat laki tak berani masuk. Ye la, ramai sangat nak tegur, nak ngorat, mau di’laser’ oleh girls. Sebab kacau kawan diorang. Lelaki ni sebenarnya tak leh hidop tanpa kawan, dalam kelas aku dulu pon, waktu position laki berselerak. Diam la jugak kelas, then ada cikgu Bahasa Inggeris aku ni laki, dia nak boys pon aktif, dia letakkan semua boys dalam satu row dari depan sampai belakang kelas dalam satu grup. Apalagi, punya la riuh aktif tiba-tiba, padahal sebelum ni pasif je. Laki memang suka wat kecoh, especially dalam geng. So, pergi mana-mana JANGAN LUPA ANGKOT GENG.

3 PAKAI MEMANG FULLY MENUTUP AURAT

Aku pon tak lah ni sangat. Tapi aku hanya share dengan korang je. Hehe… kalau pakai tudung tutup dada, pakai baju melebihi punggung, longgar, baju lengan panjang sampai pergelangan. Itu pon dah cukop-cukop makan untuk elak dari dikacau. Tapi the best lagi kalau pakai baju memang longgar bapak, tudung labuh, handsock bagai. Confirm 95% korang takkan dikacau punyalah. Bagi sapa yang pakai baju adek, tak cukop kain tu, free hair mohon bertaubatlah. Tutup aurat ni wajib, nak tunggu ikhlas sampai kiamat pon payah, kata ustaz aku apa yang wajib tu tak yah tunggu ikhlas atau bersedia. Nama pon wajib buat dapat pahala, tinggal berdosa BESAR. Laki memang la suka kalau korang pakai baju nampak tubuh korang, tapi still nak wat bini pilih yang lagi baik. Korang tahu tak kalau girls boleh baca fikiran laki, tiap kali tu la korang rasa macam nak penampor, penerajang je. Tak leh tengok pompuan. Ade je yang nak dipikirnye.Tak tahu la kan tapi dah kebanyakan laki kata macam tu. Aku hanya share. Jangan marah.

4 KALAU KORANG DAH GILER ATAU NI JALAN AKHIR

Yang aku nak suggest ni memang bertentangan dengan aku and mana-mana pompuan pon. Aku rasa.. maybe ada special case macam ada mamat yang betul-betul obsess dan memang tak hidop tenang la korang dibuat oleh mamat tu. Ingat  ni adalah plan terakhir, dan perlukan muka giler tebal mau lima inci.

Korang korek hidong depan dia, korek dalam-dalam, keluarkan tunjuk kat dia

Buat mata juling, buat mata putih ala yang biji mata hilang tu

Ingat ini plan atau senjata terakhir ok. Jaga juga batas kita ni permata k.

Nota : Jangan biarkan dirimu kaum Hawa, diganggu oleh diorang yang hanya main-main dengan korang

2 ulasan:

  1. Betul tu ! Rasa nak penampar penerajang je ! Kadang nak je cakap kuat2, "kau ingat perempuan ni suka ke kena ngorat?!"" Hmm. Sye pakai tudung labuh tapi masih juga dingorat. tiap kali bnde ni terjadi, apa yang boleh dibuat ialah sebolehnya tak tenung balik ke arah lelaki tu. Lelaki ni kekadang syok sendiri. Kalau terbalas renungan dia, alamat dah xboleh nak patah balik. Dorg ounya tahap perasan tu memang tahap durjana kot. Kadang kuta ni pandang balik sebab terpandang tak pun nak pandang view belakang dia, yang dia pulak ingat ada chance nak ngorat. ikut hati nak aje maki balik perangai gitu tapi atas dasar kemanusiaan dan atas sebab sabar adalah separuh dari iman, hanya mampu diam dan sabor.. dalam hati jgn kata cakap, dah berapa gunung hinaan dan makian untuk dia. Tahu salah memaki org dlm hati ni, tapi lelaki sepatutnya hormat wanita bukan cuba buat dia aib.

    BalasPadam
  2. Betul tu ! Rasa nak penampar penerajang je ! Kadang nak je cakap kuat2, "kau ingat perempuan ni suka ke kena ngorat?!"" Hmm. Sye pakai tudung labuh tapi masih juga dingorat. tiap kali bnde ni terjadi, apa yang boleh dibuat ialah sebolehnya tak tenung balik ke arah lelaki tu. Lelaki ni kekadang syok sendiri. Kalau terbalas renungan dia, alamat dah xboleh nak patah balik. Dorg ounya tahap perasan tu memang tahap durjana kot. Kadang kuta ni pandang balik sebab terpandang tak pun nak pandang view belakang dia, yang dia pulak ingat ada chance nak ngorat. ikut hati nak aje maki balik perangai gitu tapi atas dasar kemanusiaan dan atas sebab sabar adalah separuh dari iman, hanya mampu diam dan sabor.. dalam hati jgn kata cakap, dah berapa gunung hinaan dan makian untuk dia. Tahu salah memaki org dlm hati ni, tapi lelaki sepatutnya hormat wanita bukan cuba buat dia aib.

    BalasPadam

.post-footer { backgroundimage:url(http://dl10.glittergraphics.net/pub/229/229250skrgjfpbac.gif);background-repeat:no-repeat; background-position:bottom center; height:160px; color:auto; text-transform:none; text-align:left; letter-spacing:0px; font-size:12px; line-height: 16px; padding-left:0px; padding-top:0px; border-bottom:0px solid #95d4e3; }